Wednesday, July 9, 2014

Solat.




Jujur aku rasa aku bukan orang yang selayaknya nak bercakap mengenai “solat” tapi sesungguhnya keep reminding because reminding benefits the believers - 51:55

So aku rasa tak salah nak cakap pasal ni. Plus kita semua dalam phase menjadi lebih baik. Semoga dipermudahkan.

Last three days, I watched Yasmin Mogahed punya talk show. Sebelum ni aku just tahu nama dia, dan taktahu yang dia kind of Islamic motivator. Aku rasa impressed sangat masa tengok rancangan tu, yang mana Mizz Nina jadi host. Cara dia urai setiap soalan like seriously, this woman is amazing !

Dalam tu dia cakap mengenai solat. Dia ibaratkan solat tu macam oksigen. Apa yang menyebabkan kita hidup? Secara scientificnya yes because of oxygen yang akan masuk ke dalam badan dan di pump melalui jantung untuk pergi ke seluruh anggota badan. Pentingnya oksigen sama pentingnya macam solat tu kepada diri kita. Yang beza, kalau kita tak solat kita masih hidup, secara fizikalnya.

Hati mati. Tak solat, hati mati. Symptom hati mati macam selalu rasa susah hati, serabut, lost dan banyak lagi especially yang negative. Organ paling penting untuk dijaga yelah hati. Kalau hati da kotor, satu badan jahanam. Real thing. Are we in a good condition now? Ask yourself, are we in a good condition now? Hati kita dalam keadaan yang baik tak?

So guys, Yasmin Mogahed kata solat adalah cara nak berjalan ke Allah. Itu cara kita nak communicate with Him. What is doa without solat? Pernah tak kita solat masa kita susah saja? Masa kita nak berdoa saja? Apa yang menyebabkan kita jatuh adalah kerana kita jatuh. Takde apa yang stabil. Iman dan emosi juga tidak stabil. Pernah tak terfikir, masa kita nak kan sesuatu, kita tonggang terbalik solat berdoa sepenuh hati. That is when our Iman at highest peak. Adakah kita akan kekal constant macamtu? Pernah tak bila kita da dapat apa kita nak, kita tinggal bontang semuanya lepastu? That is the lowest trough of our Iman. Nothing is permanent in stable state including Iman.  So ask yourself again. Are we in a good condition?

Aku manusia biasa yang selalu leka dan lupa dan hanyut dengan dunia. Kadang kadang kita anggap solat ni benda remeh. Sengaja melambat lambat kan waktu solat. Sengaja tinggal solat. Kita sedar, dosa. Tapi tetap buat sebab iman tak kuat. Ye, iman tak kuat. I am not in a good condition after all. Takde apa yang nak dibanggakan.

Bila solat pun tak constant itu da cukup melambangkan iman. Ye, iman tak boleh di ukur melalui orang tu solat tapi at least dia solat penuh. Kita takde hak nak judge solat dia di terima atau tidak.

This is real scenario of our muslims in this country.  This is reality. Cuba kau duduk dekat satu tempat waktu maghrib. Contohnya, wayang. Cuba kau tengok berapa ramai orang melayu dan islam yang tak solat. Boleh survey. Kalau perempuan tu mungkin la diorang period, mungkin la mungkin but then what happened to the guys? Period? Cramps? I’ve been in that kind of situation, that’s why I know.


Semoga Allah buka pintu hati kita untuk kembali pada Dia.
Ameen.



Just a reminder from me to you and to myself of course.
May Allah ease everything for us.

Pray for Gaza !

No comments:

Post a Comment