Tuesday, February 24, 2015

taubat.

as-salam.

ingin beri sedikit perkongsian.

sejahat mana pun seorang manusia tu, pasti dalam hati dia akan terdetik nak berubah atau rasa bersalah.
tak kisah la penyangak ke, niat nak berubah nak jadi baik tu pasti ada.
tapi dia buat tak endah sebab, terlalu ikutkan nafsu dan mengambil ringan isu agama.

sedar tak sedar, kita kadang kadang memilih dalam mengikut undang undang agama.
kita pilih mana yang kita rasa kita boleh ikut, dan sesuaikan dengan akal, nafsu kita.

sedar tak sedar, dalam usaha untuk berubah kita juga masih mengikut kata nafsu dari patuh suruhan Tuhan.
bila kita nak tak nak dalam proses berubah, kita akan kreatif untuk membina seribu satu jenis alasan.
jadi sampai bila?

benar, bukan senang nak berubah. susah !
tapi kalau kita serious, Tuhan pasti buka jalan seluasnya dan memudahkan segala urusan kita.
yakin dengan Tuhan.

rasa susah nak berubah sebab kita tidak melazimi taubat.
selalu menangguh nangguh sampai maksiat melekat dalam hati dan sangat susah nak hilang.
maka matilah hati itu.

pernah bila buat maksiat, tapi tak rasa apa apa?
tak rasa bersalah?
pernah kan.
hati mati.
ye, hati mati.

Ibn Qayyim ;
"taubat perlu dilakukan atas dua sebab :
1. atas segala dosa dosa kita yang lalu,
2. atas penangguhan taubat"

tanyalah hati mana yang tidak mahu bertaubat?
manusia ni bukan malaikat yang suci dari dosa.
setiap manusia itu adalah pendosa.
dan syurga hanya untuk orang yang berubah.

"Jika kamu bertaubat dan kamu melakukan dosa semula, segeralah kamu bertaubat kembali. Katakan pada diri kamu 'Moga aku tidak mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini..'"
- Imam Ghazali

5 tips untuk berubah.

1. jaga solat 5 waktu. qodho solat yang ditinggalkan.
2. berkawan dengan orang yang baik dan jauhi mereka yang dekatkan diri dengan maksiat
3. balas kejahatan diri sendiri dengan membuat baik pada orang lain.
4. baca al-Quran dan banyakkan berzikir.
5. berdoa pohon hidayah, kekuatan untuk berubah, kemanisan iman dan benci maksiat.

p/s jangan hanya berdoa "ya Allah satukan lah hati kami berdua ya Allah. jadikan dia isteri/suami ku." sebab macam ramai je berdoa macamni. hehe. ketika berdoa, ingat Allah dan bukan ingat jodoh.
ingat Allah.

uruskan diri kita seeloknya.






1 comment:

  1. (Not related to this post)
    Thank you aina mardiana musa sebab selalu ingat aku, ingat birthday aku. Aku tahu kau selalu ingat. Eventho kau cuba nak nampak 'i don't care' tapi kau care. I always love you, never didn't. I've been looking at you from far since we've stopped talking, but am afraid to confront you and apologize. Thank you for wishing me a happy birthday a month ago. I'm afraid if i tell you this, you'll stop posting in this blog or tweeting anything about me, but i think you need to know that i always think about you, dear, and i'm always dying to know if you are doing okay or not, but me as a coward, is too afraid to ask. So i stalked. You've always been in my mind all this while, i've been telling my boyfriend so much about you that he knows you quite well. Aina, how can you be so warmhearted, sweet and forgiving, when i never apologize. Aina, i'm sorry i hurt you so bad. I love you, i'll always do. Please pray for my study and my family, dear. And aina, please take care.

    ReplyDelete