Tuesday, November 4, 2014

fitrah manusia yang sebenar adalah mencari ketenangan hati.

ada yang menjadi hamba duit untuk hilangkan resah.
ada yang mencari pasangan untuk mengisi kekosongan.
ada yang bersendirian untuk mendapatkan ketenangan.

soalannya, dapat ke ketenangan yang di cari?

ketenangan yang sebenar terletak pada hati.
bukan organ tetapi "hati".
roh.

hati di cipta oleh tuhan.
maka, perjalanan mencari ketenangan bermula dengan mencari tuhan.

selalu rasa kosong,
resah, gelisah.

sebab hati jauh dari tuhan.

sejahat jahat manusia yang melakukan kejahatan,
terdetik dalam hati dia untuk membantah perbuatan tersebut.
itu realiti.
tetapi mereka tetap menghambakan diri kerana mereka tidak menyahut seruan hati.

tanya diri sendiri,
pernah terlintas untuk kembali pada tuhan?
kalau benar ada,
sahut la seruan hati.

dalam perjalanan mencari ketenangan hati,
akan ada halangan dari kita mendekatkan diri pada tuhan.

dosa.

dosa akan jauhkan kita dengan tuhan.
jadikan diri sentiasa rasa gelisah.

sahutlah seruan hati.
bersihkan diri dengan bertaubat.

tamak kan diri dengan pahala.
tamak kan diri dengan ilmu.

roh kita hauskan pahala.

carilah ketenangan jiwa.
jadilah jiwa yang tenang.

No comments:

Post a Comment