Salam.
Pernah terlintas nak tolong orang? Tanpa pulangan? Kalau pernah, tahniah anda ada sifat kemanusiaan. Sucinya hati mereka yang pernah menolong orang yang memerlukan. Lemahnya diri aku hanya mampu melihat saja. Bila fikir semula, rasa sedih. Aku tak mampu nak tolong orang, walaupun depan mata. Aku masih ada sifat malu nak tolong. Aku takfaham kenapa ada sifat malu nak tolong sedangkan buat benda lain aku tak malu. Hmm banyak benda kena baiki dalam hati rupanya.
Kadang kadang kita cepat simpati tengok orang, tapi tak terdaya nak tolong. Aku bangga dengan mereka yang mampu menolong orang lain. Rasa terharu yang amat. Masih wujud mereka yang prihatin. Alhamdulillah. Semoga kita semua nanti dikurniakan sifat kemanusiaan yang tinggi dalam diri. InsyaAllah.
Taksangka nak tolong orang pun kena lawan dengan perasaan sendiri. Ke cuma aku je ada perasaan macamnie? =,= Perasaan itu bila aku nak tolong, simpati tengok orang tapi aku tak mampu. Sebab aku ada perasaan "macam mana kalau dia ....", "macam mana kalau dia fikir aku ....", "aku nak tolong tapi aku malu", "ikhlas ke aku nak tolong nie?", "agak agak nanti aku riak tak?" hmm aku takboleh lari dari ada perasaan macamnie. Aku risau.
Dengan memberi bantuan, akan wujud salah satu perasaan nie : Ikhlas atau Riak. Riak. Kita dabik dada kita tolong orang. Kita harapkan ada pulangan. Kita bagitahu satu dunia kita buat benda baik. Alangkan kalau kita pergi pasar malam, dan nampak ada peminta sedekah, kita hulur duit, tapi kadang kadang terdetik sedikit riak dalam ikhlasnya kita. Sebab apa? Sebab pasar malam ramai orang, kita harap ada orang tengok kita. Ke aku je rasa macamtu? =,= Syaitan betul !
Susah nak jadi ikhlas. Senang nak jadi riak. Ikhlas dalam memberi bila ada tanda yang memberi tu diam seribu bahasa. Riak dalam memberi bila ada tanda yang memberi tu heboh satu dunia. Jauhkanlah kita semua dari sifat riak dan kurniakanlah kami keikhlasan.
Kadang kadang yang menerima lagi mulia dari mereka yang memberi. Ada yang memberi, dan yang menerima tidak lokek untuk berkongsi apa yang diterima dengan orang lain. Banyak sama banyak, sikit sama sikit. Ya Allah, terharunya. Minta supaya dibersihkan hati. Aku dapat rasa hati aku nie kotor bukan main lagi. Tu susah nak hadam benda benda baik, tu yang selalu sakit hati. Sebab dosa yang aku buat terlalu banyak. Sayangnya Allah pada kita, dia akan buka mata buka pintu hati kita untuk memandang dengan hati bukan setakat dengan mata. Ada orang da buta hati. Jangan jadi buta hati. Takguna celik mata kalau hati da buta.
Sedarlah, ujian yang kita dapat nie semua anugerah. Dia nak kita pulang pada Dia dengan hati yang bersih bukan dengan hati yang legap. Nabi pun dapat ujian yang jauh lagi hebat dari kita. Itu Nabi. Kita nie manusia, confirm buat dosa takpayah tanya pun dah tahu. Dosa tu luas definisi dia. Dosa takkan pernah berubah jadi pahala. Masalah manusia nie, kalau dia dah tahu itu dosa, dia masih akan buat sebab nak jaga hati manusia lain. Dia tak takut pada yang sepatutnya sebab hati masih buta. Lemahnya kita sebagai manusia kan?
Sedarlah, kita manusia akhir zaman. Sedarlah juga setiap tahun kita akan melalui tarikh kita mati cuma tahun berbeza. Sedarlah, kita akan mati taklama lagi. Sedarlah, mungkin kita tak sempat nak bertaubat juga masatu.
Alhamdulillah aku Islam. Semoga "Islam" kita bukan kerana telah ditakdirkan dilahirkan sebagai Islam sahaja. Semoga "Islam" kita lebih dari takdir lahir. Kita dilahirkan sebagai Islam maka kita perlu berkelakuan seperti Islam. InsyaAllah.
Nota kaki : Sebagai bahan bacaan
No comments:
Post a Comment