Saturday, October 31, 2015

duniawi

apa itu definisi cintakan dunia?

pada pandangan aku, cintakan dunia bermaksud obses dengan kerjaya, harta, pangkat, rupa, etc.

but then, Yasmin Mogahed kata
people, emotion, memory are all a part of dunya.
and yes, i am one of them. i love dunya so much !

dan aku dapat simpulkan majoriti manusia sangat cintakan dunia. tengok diri sendiri.

betapa kita cintakan seseorang sampai kita rasa sangat takut kalau kita hilang dia.
betapa kita terjerat dengan emotion sampaikan kita tak mampu nak bangun dari katil untuk buat aktiviti secara normal.
dan betapanya la kita terlalu cintakan memori sampaikan kita terbuai buai tak boleh move on dari benda yang dah lepas.

dunia dah meresap dalam hati, jiwa kita.

dan melalui pemerhatian aku juga, kita bukan hanya cintakan dunia tetapi kita turut di ajar untuk mencintai dunia.

macam mana?

contoh paling mudah, media.

kita ambil paling simple yang setiap saat kita akan lakukan, muzik.
lagu apa yang biasa kita dengar. yes, mostly love songs or heartbreak songs or wtv.

dan contoh paling mudah, lirik lagu :
andai dunia hancur binasa
ku kan setia sampai mati cintaku
takkan berserah
takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
bertakhta di hatimu.

dapat detect sesuatu?

dan banyak lagi lagu yang ada unsur obsession. dan jika kita lihat dan perhati, kita akan jadi obses untuk jadi macamtu juga. kan?

dan contoh lain macam, on the phone before we go to sleep.
berapa ramai yang amalkan sikap ni?

sebab apa? sebab kita rasa majoriti couples buat benda tu.
yang kononnya, sebelum tidur kena dengar suara, and next morning orang first suara yang perlu didengar.

dan berapa ramai yang otp late at night?
sebab kita rasa benda tu dah jadi habit bagi orang bercouple.

you know why? sebab ayat ayat macam "late night phone calls is much better"
kita terikut dengan ideologi macamni.

tahu apa sepatutnya kita buat tengah malam? yes, tahajjud.
im trying so hard untuk tidak menampakkan diri macam bagus sebab yeah aku sendiri pun jarang bangun malam but the truth is, we are muslims.
kita semua dah makin drowning.

contoh lain lagi macam kerjaya.
berapa ramai yang bekerja atau dikerjakan dalam kerja?

berapa ramai dah jadi hamba kepada duit? most of us !
kerja is everything sampaikan, tak sempat nak baca doa lepas solat.
kerja is everything sampaikan, tak sempat nak berhenti solat dekat highway.
keja is everything sampaikan, tak ada masa nak pergi majlis agama.

attachment yang berlaku atas diri kita menjadikan kita tercekik. tak kisah la dalam bentuk apa sekali pun attachment tu, please know that it is a false attachment !

we need to detach ourselves from this dunya. we really need to.
at least, we must try.

keep in mind, we need to go Home.
in order to go Home, we need Allah.
free yourself before Allah frees us by taking away all the things we love dearly.










No comments:

Post a Comment