assalamualaikum.
alhamdulillah. harinie hari terakhir saya menjadi seorang pembuat biskut raya, cheese tart, cakes dan packing roti. alhamdulillah. memang benar, aku berkerja atas sebab tertentu. sebab yang cuma orang tertentu sahaja boleh tahu. sebab yang sepatutnya ada hikmah. ya, ada hikmah. hikmahnya, saya kini pandai menjadi seorang perempuan yang berkelakuan seperti seorang perempuan. amboi kerja dekat dapur baru la nampak macam perempuan tulen ye tak? :)
semua yang berlaku ada hikmahnya. contoh :
"dulu masa isi borang UPU applied Sains Makanan dekat UPM, tapi UPM tolak, masuk UMT *pilihan keenam*. kos Sains Makanan. kenapa masuk UMT? hm ada hikmah. kenapa Sains Makanan? hmm ada hikmah. dulu masa dekat matrik punya simpan niat taknak ambil kimia masuk universiti sebab kimia sem 2 : organic chemistry susah. bila dapat kos nie, major subject, organic chemistry tapi specific bahagian makanan dan belajar banyak tentang bacteria tu la nie la. hm ada hikmah sekali lagi. yakin dan percaya pada diri dan jangan banyak main, paling penting RAJIN dan tak skip kuliah. wuu skip kuliah wuu :("
percaya setiap apa yang kita lalui tu yelah peluang dari Allah. peluang yang kita patut cari kebaikan dia walaupun biasanya dari luaran kita akan nampak keburukkan dia dulu. itu normal. peluang bertemu dengan orang lain juga, ada hikmahnya. kenapa kita jumpa dia? kenapa kita kenal dengan dia? kenapa hati kita tersentuh gara gara dia? kenapa kenapa dan kenapa. jika dia pernah berjanji. jangan terlalu berharap. hati manusia mudah berubah dan mudah melupakan. jaga lah hati kita.
pernah terfikir,
"setahun lepas, lalu sebelah dia, tak perasan langsung, tapi sekarang da jadi kawan. setahun lepas takperasan kewujudan dia, tapi sekarang dah jadi housemate. setahun lepas ketawa sama sama tapi sekarang da jadi bisu. setahun lepas punya benci, sekarang jadi sayang. setahun lepas punya sayang, sekarang da jadi benci. setahun lepas dia tunggu kita, tapi sekarang dia jarakkan diri dia"
perasaan manusia mudah berubah. tapi jangan jadi lalang sudahlah. berubah pun atas sebab. Allah da rancang semuanya. tapi ingat, kita boleh ubah. jangan cuma pandai cakap "hm dah takdir aku macamnie, redha jela"
"Allah takkan pernah ubah nasib seseorang hambaNya sehingga dia ubah nasibnya sendiri"
dan jika berniat untuk berubah, berubah lah kerana Allah. ikhlas penting untuk penghijrahan. bila ikhlas, barulah kita akan istiqamah dan tidak mudah terpatah balik ke zaman 'jahiliah'. takpe, kalau kita berubah perlahan lahan asalkan tahu hala tuju sebenar. jangan terburu buru. dan jangan memaksa orang lain untuk berubah. siapa taknak berubah dari negatif ke positif ye dak? sejahat mana orang tu, mesti tersimpan niat untuk berubah.
p/s semoga kita semua berpeluang berubah menjadi lebih baik pada esok hari dan seterusnya :)
kepada Sang Kekasih, Sang Gadis sabar menunggu Sang Kekasih jika jodoh menemukan kita suatu hari nanti. takpe, tak jumpa sekarang. yang penting hati terikat. semoga Allah temukan saya dengan Sang Kekasih yang sebenar. salam aidilfitri, maaf zahir dan batin :)
bila saya baca balik post Afina, saya rindukan dia. la tahzan.
terima kasih faham apa yang aku cuba nak sampaikan dan ayat yang tak terkeluar dari mulut.
sorry aku tahu post lama, hati sangat runtun masatu, tapi takde apa yang berubah, so aku cuba keluarkan balik apa yang nak disampaikan.
No comments:
Post a Comment