Thursday, August 4, 2011

Dia tahu apa yang terbaik

Assalamualaikum J

Kita kadang kadang taksedar yang kita diberi pilihan. Sedar sedar bila kita da tersalah pilih. Memang menyedihkan. MUNGKIN ada benda yang kita boleh perbetulkan semula sebab maybe dia bersifat sementara. MUNGKIN ada benda yang pergi macam tu je. MUNGKIN juga bila kita tersalah pilih tu ada hikmah mana tahu kita akan dapat yang lebih baik dari tu. Tapi bila kita da dapat apa yang paling terbaik masatu dan kita tersalah pilih, itu silap kita. Sebaiknya cuba la kejar semula apa yang telah hilang kalau kita rasa tu memang yang terbaik untuk kita. Sebab mungkin kehilangan tu bersifat sementara.

Aku sedar yang selama nie aku da tersalah pilih. aku takut apa yang pergi tu adalah yang terbaik. Tapi aku tahu, semua nie ada sebab. Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tapi aku tetap rasa terkilan. Aku mengharapkan sesuatu yang baik sebab aku rasa itu yang terbaik berbanding yang lain. aku rasa aku da hilang sesuatu yang baik.

‘apa yang ada depan mata, kita butakan dia. Apa yang kita taknampak, kita bekejar kejar’

Aku bukan takpernah cakap. Aku ingat takde siapa yang akan lupa janji. keadaan berbeza sekarang nie. Bila ada sesuatu baru datang, aku akan rasa bersalah nak pilih yang baru tapi dalam masa yang sama sebenarnya takde apa yang jadi. Sampai la sekarang. Apa yang aku kejar, sangat mengecewakan. Aku takpasti yang aku sebenarnya menggantungkan harapan atau tidak. Apa yang aku tahu, aku akan rasa bersalah setiap masa aku memilih yang lain.

Tapi keadaan sekarang da berbeza. Aku tak tahu nak buat apa. Baru aku sedar, selama nie aku berharap. Aku ingat janji tetap janji. aku ingat.

aku sedar aku diberi pilihan, tapi aku yang tersalah pilih.

semoga aku dikurniakan sesuatu yang baik seperti yang telah pergi. Insyaallah.

2 comments: