Wednesday, August 8, 2012

tips berkawan

tengok tajuk atas tu. amboi kemain macam kau hebat sangat nak berkawan sampai nak bagi advices. huntong la, sendiri punya friendship pun tengah kene hempas ombak tsunami :'(

okay malas nak sesedih lagi. be happy please! tolong la, penat la sebulan meratapi nasib dekat orang yang sepak kau bila da takperlukan kau. ouch sakit you know? sila kutip aku semula :( *bapak desperate gila pehal?*

nie apa yang aku rasa jela. so kita sama sama perbaiki diri dalam mencari 'teman sejati' ececececeh *muntahhdarah*

Pertama
sila jangan tinggalkan kawan kau walau apa pun keadaan dia. tengah kaya ke, sengkek ke, muka tengah sopak ke, cantik ke, tengah ketawa ke atau nangis. Menangis. tolong sentiasa ada dekat dengan kawan kau masa masa kritikal dia. jangan nak bagi ceramah panjang lebar, just be there pinjamkan telinga kau. itu sahaja. kalau ada depan mata, peluk dia. atototo suwit ah nie? haha. macam mana nak sentiasa ada. senang je, kalau rasa kawan kau lain macam sila tanya "is everything okay?". kalau kau hebat biasanya kau dapat signal  yang kawan kau tak okay TANPA dia bagitahu atau kau tengok dia depan mata. ini kagum. dan kau bertambah hebat kalau kau mampu buat kawan kau ketawa masa dia tengah tersedu sedu hidung kembang kuncup menangis.

aku rindu nie..
aina kau okay? kenapa kau tak hyper macam selalu?
aku okay je.
tipu! kau jangan nak tipu aku. memang aku baru kenal kau 5 minit lepas kan. kenapa?

cuma ada sorang je yang selalu tanya aku soalan yang akan selitkan dengan 'hyper'. i miss you babe.

Kedua
tolong selami, dalami apa yang kawan kau rasa. kau bukan kawan yang cool kalau kau sibuk nak salahkan kawan kau masa kawan kau tahu tu memang salah dia. come on. tolong ada simpati sikit. senang cerita tolong jaga hati orang. seteruk mana pun salah dia, jangan tambahkan dia punya down. nasihat dia yang baik baik. kalau rasa dia kene pinggir atau dia taknak pun kau ada masa dia tengah ada masalah, sila cakap

okay. kalau ada pape, cari aku. kau jangan sedih sangat. tapi kalau kau nak nangis, nangis jela, nanti kau mesti okay. lepastu kau tidur, bangun cakap dengan aku okay? 

pinjam kata kata Bunga :)
"Allah ada bila semua orang takdekan?"
:')

Ketiga
nasihat dia kalau kau rasa dia tengah buat benda yang bertentangan dari batas batas agama atau pun norma kehidupan. nasihat taksama dengan marah. nasihat tu macam tegur secara baik supaya pihak tu dapat terima apa yang kita cuba sampaikan. jangan lokek dengan nasihat. kata nak kawan sampai masuk syurga kan? eh. haha. insyaallah.

Keempat
lupa hari hari penting kawan kau adalah satu masalah. kau takperlukan pesbuk untuk ingat birthday dia. kau takperlu reminder phone untuk kau sedar nak wish birthday. try jadi seorang yang alert dengan benda benda macamnie. jangan lupa wish goodluck kalau dia nak exams atau apa apa yang kene dengan 'goodluck!' sangat tak patut kalau kau terlupa atau termiss. sebab aku pernah rasa orang yang sepatutnya wish tapi takwish, sampai nangis aku dibuatnya -.-'

Kelima
jangan kata untuk boyfriend/girlfriend je kau boleh bagi surprise gift. taksalah kalau kau bagi surprise. tadaaa! takde orang yang taksuka dapat hadiah kan? walaupun da terang lagi bersuluh hadiah yang kau bagi tu bukan untuk birthday dia. just a random gift akan buat orang rasa happy :) paling best kalau dapat hadiah yang kau paling hajatkan, lepastu kau beli dua sebab nak bagi kawan kau satu. kan suwit tu? haha. lagi best kalau dapat cake atau cookies yang kau sendiri bake. woi kalau aku, aku rasa nak frame. hihi

Keenam
di tegah kau kutuk kawan kau belakang dia. ditegah! kau sepatutnya pertahankan dia bila ada orang kutuk kawan kau. kata kawan, takkan nak biarkan orang soseh soseh benda tak elok pasal kawan kau? tapi kalau kau nak kutuk kawan kau depan dia, sila.

Ketujuh
jangan ingat kawan tu senang kau cari senang kau nak buang. NO. aku sangat sangat pantang kalau orang tu terlalu memberi masa kepada kekasih kekasih dari kawan sendiri. puih. pergi mati. meh aku tengok bila kau break up, kau tersungkur ke kau berdiri tegak dengan keadaan takde kawan. meh aku perhati dari jauh like a boss. aku mohon kepada korang, jangan buat benda nie. biarla kita hilang gepren atau bopren asalkan tak hilang kawan. once hilang, takde harapan kau nak dapatkan balik. ingat tu. maafkan senang, lupakan, tak senang.

Kelapan
treat your bestfriend like your own sister. aku percaya susah untuk mempunyai bestfriendS. yang sorang pun susah apa lagi ada 'S' hujung dia. kene pandai bezakan close friend, best friend dengan brother/sister. pada aku brother/sister adalah tahap tertinggi dalam friendship. tahap tertinggi gittew.. haha okay mungkin korang mempunyai ramai bestfriends tapi mesti ada sorang yang korang akan share everything kan even share pasal size pinggang kau berapa sekarang yang takpenting tu atau cerita pasal lovelife kau yang sangat private gittew.

Kesembilan
sila bawak gambar anda dan kawan anda ke asrama dan sewaktu dengannya dan tampal la di tempat yang selalu anda kunjungi seperti meja study ataupun loker. dikhuatiri anda terleka dengan assignments, quiz, exam, presentation sehingga anda lupa anda ada kawan. so, sesibuk mana pun, bila ternampak gambar tu, mesti macam 'hm rindu pula. ntah sihat ke tak, nak call kejap la' kan tak lupa tu. so takdela kawan kau rasa kau pinggirkan dia. senang kan.

Kesepuluh
doa. doakanlah kawan kau. kalau kau da anggap dia macam kakak ke adik ke abang ke selit kan nama dia dalam doa kau 5 waktu. ini adalah hadiah paling bernilai untuk kawan kau. tapi ingat,  ustaz aku kata jangan bagitahu orang kalau kita doakan dia, nanti tak ikhlas. so sentiasalah doakan kawan kawan kau :)

hm nampaknya mak adalah kawan paling best yang korang akan pernah ada. serious. kalau kau takde kawan atau kawan kawan kau semua macam haprak punya kaki, jangan lupa yang kau masih ada family. family lagi penting dari kawan kau walau apa pun jadi. sayangilah keluarga anda dan kawan kawan terdekat anda :)

p/s rabu depan da berhenti kerja :D

4 comments: